Nur Aznida Talib


Apa itu kajian tindakan?

Buku ini memberikan beberapa definisi kajian tindakan berdasarkan pandangan beberapa orang tokoh antaranya ialah:

Kajian tindakan ialah satu proses untuk mengkaji masalah sebenar yang berlaku di dalam bilik darjah atau sekolah untuk memperbaiki kualiti tindakan atau arahan (Hensen,1996; McTaggart,1997; Schmuck,1997)

Kajian tindakan juga merupakan sejenis penemuan yang dirancang, disusun dan boleh dikongsi dengan orang lain. (Foshy,1998; Tomlinson,1995)

Matlamat kajian tindakan ialah untuk memperbaiki teknik pengajaran guru dan meningkatkan fungsi sesebuah sekolah.



Konsep Kajian Tindakan

Buku ini menerangkan konsep kajian tindakan dengan memberikan 10 ciri kajian tindakan iaitu:

  • Kajian tindakan adalah suatu yang sistematik dimana terdapat langkah-langkah yang perlu diikuti.
  • Tidak dimulakan dengan jawapan. Sesuatu kajian yang hendak dilakukan tidak akan bermula dengan jawapan kepada kajian tersebut.Sekiranya jawapan kepada kajian tersebut telah diketahui maka, kajian tidak perlu dilakukan.
  • Kajian yang tidak terlalu merumitkan. Hanya perkara yang penting sahaja yang perlu dimasukkan dalam pemantauan atau laporan. Ini kerana sekiranya kajian yang dilakukan terlalu terperinci, kemungkinan perkara yang penting tidak diutamakan dan orang yang membaca tidak memahaminya.
  • Rancang dengan baik sebelum mengumpul data. Sebelum mengumpul data, perancangan dan jadual mengumpul data mesti ada.
  • Mengambil masa yang panjang. Kajian tindakan memerlukan masa yang panjang untuk mengumpul data kerana sekiranya masa itu terlau pendek atau singkat keputusan yang diperolehi tidak memberikan jawapan yang sepatutnya.
  • Pemantauan. Pemantauan yang dilakukan tidak perlu mengambil masa yang lama. Cukup sekadar ianya dilakukan secara konsisten mengikut jadual yang telah dirancang.
  • Kajian tindakan boleh dilakukan pada projek yang mudah. Ini amat sesuai kepada pengkaji yang baru hendak membuat kajian tindakan.
  • Kadang-kadang kajian tindakan boleh menjadi teori kepada sesuatu kes.
  • Kajian tindakan bukan kajian kuantitatif
  • Hasil kajian kuantitatif dalam kajian tindakan adalah terbatas.

Kepentingan kajian tindakan
1. Kajian tindakan boleh merapatkan jurang perbezaan antara kajian pendidikan dengan amalanpengajaran.


2. Kuasa guru boleh dipermudahkan dengan kajian tindakan


3. Kajian tindakan boleh digunakan untuk menggantikan perkhidmatan yang tradisional kepada meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan professional guru



0 Responses

Catat Ulasan