Nur Aznida Talib
KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

  • Bidang pendidikan telah,akan dan sedang menjadi faktor utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.
  • Perubahan yang berlaku adalah sesuatu tang tidak dapat dielakkan
  • Menurut Oliver (1996) dalam bukunya yang berjudul The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.
  • Perubahan yang berlaku kadang-kadang mewujudkan ketidakpastian dan dalam pendidikan ketidakpastian ini amat bahaya kerana ia boleh meruntuhkan masa depan generasi muda

JENIS-JENIS PERUBAHAN

Menurut Dessler (1995) terdapat 4 jenis perubahan iaitu:

Perubahan ke arah peningkatan

Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti:
- Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi.
- Memperkenalkan teknologi baru.
- Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan
komitmen & produktiviti staf.

Perubahan Strategik Organisasi

Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
- Mendefinisikan semula peranan organisasi.
- Perubahan nilai teras organisasi.
- Pembentukan semula misi.
- Perubahan struktur & strategi organisasi.
- Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab
& sistem ganjaran.

Perubahan reaktif

Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan & pihak berkepentingan (stakeholders) .
- Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran
dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.
- Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah
dilakukan.

Perubahan akibat daripada jangkaan

Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:

- Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
- Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas
kehendak pelanggan.
- Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
- Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
- Perubahan dalam trend tenaga kerja.

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

Perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi

  • evolusi- perubahan yang menghasilkan kesan sedikit dan mengambil jangka masa yang panjang
  • revolusi- perubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang membinasakan.

Kompleksiti atau kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasi perubahan.

PERUBAHAN ITU MULTIDEMENSI

Terdapat 6 demensi yang perlu difahami iaitu:

  1. Tujuan Perubahan
  2. Unit perubahan
  3. Sifat perubahan
  4. Magnitud perubahan
  5. Skop perubahan
  6. Jangkamasa perubahan

MODEL-MODEL PERUBAHAN

  1. Model Penggabungan Roger
  2. Model Kanter
  3. Model Rand
  4. Model Acot

0 Responses

Catat Ulasan