Nur Aznida Talib
Kuliah pada minggu ke enam telah diajar oleh Hjh.Halimah Harun. Pada minggu ke enam ini kami akan belajar tentang cara membuat proposal. Tapi sebelum kami belajar apa itu proposal kuliah hjh halimah dimulai dengan sesi ta'aruf iaitu kami diminta untuk menulis tentang diri sendiri seperti nama, alamat, umur, anak ke berapa, status, program dan alamat. Kemudian kami diminta untuk menulis kenapa hendak menjadi guru, siapa guru yang kamu suka dan kenapa, siapa guru yang kamu tidak suka dan kenapa dan apakah tugas sebenar seorang guru. Aku pun menulis jawapan bagi soalan pertama mengapa hendak menjadi guru??? emm...lama aku termenung untuk mendapatkan jawapan ini.Nak kata susah...rasanya tidak. Tiba-tiba aku teringat kata-kata guruku masa sekolah rendah dulu..dia cakap guru ini satu pekerjaan yang sangat mulia. Setiap ilmu yang diberikan kepada anak murid kita dan diamalkan, pahalanya kita akan perolehi dan sekiranya anak murid kita nanti akan menjadi seorang guru dan menyampaikan ilmu yang kita beri masa dia belajar dengan kita dulu akan bertambah-tambahlah pahala kita. Tambahan pula aku teringat satu hadis Rasulullah menyatakan bahawasanya apabila setiap anak adam itu mati maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat. Maka, aku memilih guru sebagai wasilah untuk aku mendidik anak bangsa ini supaya menjadi manusia yang berguna pada Agama, Bangsa dan Negara. Setelah kami menjawab semua soalan yang diberikan kami diminta pula untuk melukis gambar pokok dibelakang kertas. Pada permulaannya, aku dah tahu kenapa hjh halimah suruh lukis gambar pokok, mesti dia nak tahu personaliti kami semua. Tanpa sebarang bantahan kami semua pun melukis gambar sebatang pokok. Aku lukis gambar pokok yang masa sekolah rendah dulu pernah aku lukis. Ada dahan, ada daun, ada akar dan itu sahaja. Nak lukis lebih-lebih tak tau pulak. Kemudian kami semua hantar ke depan kertas yang ditulis tadi. Hjh halimah memeriksa beberapa gambar pokok yang kami lukis sebentar tadi. Pelbagai bentuk yang mereka lukis, ada yang lukis pokok besar, pokok kecil, pokok sederhana dan ada pulak yang lukis gambar pokok krismas. Hjh halimah berkata"pelikla ada seorang sahaja yang lukis gambar pokok krismas, siapa yang lukis gambar pokok krismas ni, sila angkat tangan?tanya hjh halimah. Kemudian, salah seorang rakan kami angkat tangan dan bangun.Hjh Halimah bertanya"kenapa kamu lukis gambar pokok krismas dan kamu seorang sahaja ganjil daripada yang lain. Sahabat kami ni pun menjawab"saya baru balik dari Bukit Fraser, di sana banyak pokok macam pokok krismas, jadi tu yang saya lukis gambar pokok tu. Barulah kami tahu kenapa dia lukis pokok krismas. Hjh Halimah menerangkan pada kami pokok besar melambangkan seorang yang teguh pendiriannya, tidak mudah goyah sekiranya diusik dan yakin pada diri sendiri. Pokok kecil pula melambangkan seorang yang mudah berubah-ubah pandangan, mudah ditindas oleh orang lain dan tiada keyakinan diri. Emm...uniknya manusia. Pelbagai sifat, karenah yang ada pada manusia. Setiap manusia itu ada kelemahan dan kelebihannya tersendiri dan setiap manusia saling lengkap melengkapi.


Selepas selesai sesi ta'aruf kami diminta untuk membuat ringkasan berkenaan dengan kajian tindakan yang dibentangkan semasa seminar serantau pendidikan di Kelana Resort pada minggu lepas. Kami diminta untuk melakukannya di dalam kumpulam dimana satu kumpulan mengandungi 2 orang ahli. Saya dan Siti Nadia khalid telah memilih kertas kerja yang dibentangkan oleh Novitri dari Universitas Riau yang bertajuk:
Meningkatkan kemampuan menulis mahasiswa Program Studi Bahasa Inggeris FKIP UNRI melalui pembelajaran Kooperatif STAD
Kertas kerja ini telah dibentangkan pada hari ketiga bertempat di bilik Seri Menanti pada jam 2.00 pm sehingga 4.00 pm.
0 Responses

Catat Ulasan