

Apa itu kajian tindakan?
Buku ini memberikan beberapa definisi kajian tindakan berdasarkan pandangan beberapa orang tokoh antaranya ialah:
Kajian tindakan ialah satu proses untuk mengkaji masalah sebenar yang berlaku di dalam bilik darjah atau sekolah untuk memperbaiki kualiti tindakan atau arahan (Hensen,1996; McTaggart,1997; Schmuck,1997)
Kajian tindakan juga merupakan sejenis penemuan yang dirancang, disusun dan boleh dikongsi dengan orang lain. (Foshy,1998; Tomlinson,1995)
Matlamat kajian tindakan ialah untuk memperbaiki teknik pengajaran guru dan meningkatkan fungsi sesebuah sekolah.
Konsep Kajian Tindakan
Buku ini menerangkan konsep kajian tindakan dengan memberikan 10 ciri kajian tindakan iaitu:
- Kajian tindakan adalah suatu yang sistematik dimana terdapat langkah-langkah yang perlu diikuti.
- Tidak dimulakan dengan jawapan. Sesuatu kajian yang hendak dilakukan tidak akan bermula dengan jawapan kepada kajian tersebut.Sekiranya jawapan kepada kajian tersebut telah diketahui maka, kajian tidak perlu dilakukan.
- Kajian yang tidak terlalu merumitkan. Hanya perkara yang penting sahaja yang perlu dimasukkan dalam pemantauan atau laporan. Ini kerana sekiranya kajian yang dilakukan terlalu terperinci, kemungkinan perkara yang penting tidak diutamakan dan orang yang membaca tidak memahaminya.
- Rancang dengan baik sebelum mengumpul data. Sebelum mengumpul data, perancangan dan jadual mengumpul data mesti ada.
- Mengambil masa yang panjang. Kajian tindakan memerlukan masa yang panjang untuk mengumpul data kerana sekiranya masa itu terlau pendek atau singkat keputusan yang diperolehi tidak memberikan jawapan yang sepatutnya.
- Pemantauan. Pemantauan yang dilakukan tidak perlu mengambil masa yang lama. Cukup sekadar ianya dilakukan secara konsisten mengikut jadual yang telah dirancang.
- Kajian tindakan boleh dilakukan pada projek yang mudah. Ini amat sesuai kepada pengkaji yang baru hendak membuat kajian tindakan.
- Kadang-kadang kajian tindakan boleh menjadi teori kepada sesuatu kes.
- Kajian tindakan bukan kajian kuantitatif
- Hasil kajian kuantitatif dalam kajian tindakan adalah terbatas.
Kepentingan kajian tindakan
1. Kajian tindakan boleh merapatkan jurang perbezaan antara kajian pendidikan dengan amalanpengajaran.
2. Kuasa guru boleh dipermudahkan dengan kajian tindakan
3. Kajian tindakan boleh digunakan untuk menggantikan perkhidmatan yang tradisional kepada meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan professional guru
Sorotan ke atas bahan seperti buku, jurnal, laporan yang dilakukan secara kritikal
Memerlukan kepada kemahiran berfikir aras tinggi seperti:
- Membanding beza
- Menganalisis
- Menilai
- Membuat kesimpulan
- Mensistensis
Membanding dan membezakan
-Mencari persamaan atau perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat, ciri, dan unsur sesuatu objek atau peristiwa
-Kemahiaran ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan dan membuat pilihan atau keputusan-Langkah penggunaan:
- perhatikan dan beri tumpuan kepada satu atau berapa ciri kajian tindakan (sampel,setting,prosedur, pengumpulan dan penganalisian data)
- kenal pasti ciri kajian
- Tentukan samada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama atau beza
Menganalisis
-Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa seperti mencari makna yang tersirat.
-Untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dalam mengenali prinsip yang terlibat
-Suatu kemahiran yang kompleks dan menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
Menilai
-Membuat pertimbangan sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti dan dalil yang sah
-Digunakan untuk:
menilai sesuatu
menerima atau menolak sesuatu idea
Membuat kesimpulan
-Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kemajuan berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
-Digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.
Mensentisis
-Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan.
- Bidang pendidikan telah,akan dan sedang menjadi faktor utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.
- Perubahan yang berlaku adalah sesuatu tang tidak dapat dielakkan
- Menurut Oliver (1996) dalam bukunya yang berjudul The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.
- Perubahan yang berlaku kadang-kadang mewujudkan ketidakpastian dan dalam pendidikan ketidakpastian ini amat bahaya kerana ia boleh meruntuhkan masa depan generasi muda
JENIS-JENIS PERUBAHAN
Menurut Dessler (1995) terdapat 4 jenis perubahan iaitu:
Perubahan ke arah peningkatan
Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti:
- Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi.
- Memperkenalkan teknologi baru.
- Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan
komitmen & produktiviti staf.
Perubahan Strategik Organisasi
Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
- Mendefinisikan semula peranan organisasi.
- Perubahan nilai teras organisasi.
- Pembentukan semula misi.
- Perubahan struktur & strategi organisasi.
- Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab
& sistem ganjaran.
Perubahan reaktif
Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan & pihak berkepentingan (stakeholders) .
- Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran
dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.
- Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah
dilakukan.
Perubahan akibat daripada jangkaan
Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:
- Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
- Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas
kehendak pelanggan.
- Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
- Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
- Perubahan dalam trend tenaga kerja.
PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS
Perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi
- evolusi- perubahan yang menghasilkan kesan sedikit dan mengambil jangka masa yang panjang
- revolusi- perubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang membinasakan.
Kompleksiti atau kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasi perubahan.
PERUBAHAN ITU MULTIDEMENSI
Terdapat 6 demensi yang perlu difahami iaitu:
- Tujuan Perubahan
- Unit perubahan
- Sifat perubahan
- Magnitud perubahan
- Skop perubahan
- Jangkamasa perubahan
MODEL-MODEL PERUBAHAN
- Model Penggabungan Roger
- Model Kanter
- Model Rand
- Model Acot
Mengapa manusia tidak suka perubahan.Berikan lapan sebab dan cara penyelesaian.
Sebab:
Perubahan yang dilakukan hanya untuk kepentingan individu sahaja.
Perubahan yang dilakukan tidak sesuai dengan keadaan persekitaran.
Perubahan yang dilakukan secara kerap kali.
Perubahan yang dilakukan bercanggah dengan dasar. Sebagai contoh isu PPSMI.
Perubahan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat.
- Ofisialisme
- Tidak mendapat tarik perhatian pelajar
- Alat Bantu Mengajar yang kurang manfaat
- Tidak menguasai isi pengajaran
- Teknik mengajar yang kurang menarik
LANGKAH UNTUK MENGATASI :
- Belajar dan melatih diri berkomunikasi dengan baik
- Guru perlu mempamerkan bahan induksi yang menarik, menggunakan bahan yang autentik
- Guru memastikan ABM yang dibuat hendaklah digunakan sepenuhnya dan boleh dijana semula
- Guru hendaklah membuat rujukan tambahan dan persiapkan diri dengan ilmu yang mantap
- Guru menggunakan teknik pengajaran yang lebih menarik, kreatif dan pelbagai



