Nur Aznida Talib
Kuliah pada minggu yang ke 7 dan ke 8 kami melakukan pembentangan propasal yang telah dibuat untuk dikongsi kepada rakan-rakan yang lain dan untuk dinilai oleh Hajah Halimah untuk dibuat penambahbaikan. Selesai pembentangan hjh halimah meminta kami membaiki proposal yang telah dibuat dan membuat penambahan dengan memasukkan kajian keperpustakaan, analisis data dan pengumpulan data dan hantar kepadanya pada hari isnin bersamaan
Nur Aznida Talib
Dalam kuliah minggu yang ke-6 hajah halimah telah memberikan tugasan kepada kami untuk membuat satu proposal kajian tindakan secara berkumpulan. Berikut merupakan butiran proposal kumpulan kami:

Tajuk:

Meningkatkan Bacaan al-Quran dikalangan pelajar tingkatan 2 Bijak dengan menggunakan kaedah tutor sebaya

Ahli Kumpulan:

  1. Nur Aznida Bt Talib
  2. Masyitah bt Ulul Azmin
  3. Siti Nadia Bt Khalid
  4. Hafizah Mohamed
  5. Hassan bin Ahmad Jamhari
Objektif Kajian

Objektif Umum:
  1. Meningkatkan peratusan kelulusan ujian tilawah dan hafazan

Objektif Khusus:
  1. Meningkatkan kemahiran menyebut huruf denganbetul
  2. Membantu pelajar membaca dengan lancar
  3. Meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengenalpasti hukum-hukum tajwid di dalam ayat al-quran
  4. Meningkatkan penguasaan pelajar membaca al-quran dengan hukum tajwid

Kumpulan Sasaran:

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar tingkatan 2Bijak yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 20 orang perempuan

Tindakan yang dicadangkan:

Tinjauan masalah:
  1. Ujian tilawah diadakan untuk mengenalpasti kelemahan pelajar dalam membaca al-quran berdasarkan penilaian yang dibuat
  2. Membaca potongan ayat tertentu yang mengandungi hukum tajwid

Program Tutor Sebaya

cara perlaksanaan:
  1. Berdasarkan ujian tilawwah guru akan memilih 15 orang pelajar yang mempunyai bacaan yang paling baik sebagai naqib.
  2. Kemudian guru akan membimbing pelajar yang dipilih selama tempoh yang telah ditetapkan
  3. Penilaian khas akan dibuat kepada naqib bagi mengetahui tahap pencapaian mereka.
  4. Guru akan melanjutkan tempoh latihan bagi para naqib yang masih belum mencapai tahap yang sepatutnya.
  5. Guru menetapkan pasangan pelajar yang lemah dengan tutor masing-masing (seorang pelajar seorang naqib)
  6. Guru menyediakan jadual perlaksanaan aktiviti mingguan untuk dilaksanakan oleh naqib
  7. Naqib akan membuat penilaian berdasarkan borang penilaian yang dibuat oleh guru.
  8. Guru akan menilai bacaan yang lemah dengan menggunakan kaedah tilawah.
Nur Aznida Talib
Kuliah pada minggu ke enam telah diajar oleh Hjh.Halimah Harun. Pada minggu ke enam ini kami akan belajar tentang cara membuat proposal. Tapi sebelum kami belajar apa itu proposal kuliah hjh halimah dimulai dengan sesi ta'aruf iaitu kami diminta untuk menulis tentang diri sendiri seperti nama, alamat, umur, anak ke berapa, status, program dan alamat. Kemudian kami diminta untuk menulis kenapa hendak menjadi guru, siapa guru yang kamu suka dan kenapa, siapa guru yang kamu tidak suka dan kenapa dan apakah tugas sebenar seorang guru. Aku pun menulis jawapan bagi soalan pertama mengapa hendak menjadi guru??? emm...lama aku termenung untuk mendapatkan jawapan ini.Nak kata susah...rasanya tidak. Tiba-tiba aku teringat kata-kata guruku masa sekolah rendah dulu..dia cakap guru ini satu pekerjaan yang sangat mulia. Setiap ilmu yang diberikan kepada anak murid kita dan diamalkan, pahalanya kita akan perolehi dan sekiranya anak murid kita nanti akan menjadi seorang guru dan menyampaikan ilmu yang kita beri masa dia belajar dengan kita dulu akan bertambah-tambahlah pahala kita. Tambahan pula aku teringat satu hadis Rasulullah menyatakan bahawasanya apabila setiap anak adam itu mati maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat. Maka, aku memilih guru sebagai wasilah untuk aku mendidik anak bangsa ini supaya menjadi manusia yang berguna pada Agama, Bangsa dan Negara. Setelah kami menjawab semua soalan yang diberikan kami diminta pula untuk melukis gambar pokok dibelakang kertas. Pada permulaannya, aku dah tahu kenapa hjh halimah suruh lukis gambar pokok, mesti dia nak tahu personaliti kami semua. Tanpa sebarang bantahan kami semua pun melukis gambar sebatang pokok. Aku lukis gambar pokok yang masa sekolah rendah dulu pernah aku lukis. Ada dahan, ada daun, ada akar dan itu sahaja. Nak lukis lebih-lebih tak tau pulak. Kemudian kami semua hantar ke depan kertas yang ditulis tadi. Hjh halimah memeriksa beberapa gambar pokok yang kami lukis sebentar tadi. Pelbagai bentuk yang mereka lukis, ada yang lukis pokok besar, pokok kecil, pokok sederhana dan ada pulak yang lukis gambar pokok krismas. Hjh halimah berkata"pelikla ada seorang sahaja yang lukis gambar pokok krismas, siapa yang lukis gambar pokok krismas ni, sila angkat tangan?tanya hjh halimah. Kemudian, salah seorang rakan kami angkat tangan dan bangun.Hjh Halimah bertanya"kenapa kamu lukis gambar pokok krismas dan kamu seorang sahaja ganjil daripada yang lain. Sahabat kami ni pun menjawab"saya baru balik dari Bukit Fraser, di sana banyak pokok macam pokok krismas, jadi tu yang saya lukis gambar pokok tu. Barulah kami tahu kenapa dia lukis pokok krismas. Hjh Halimah menerangkan pada kami pokok besar melambangkan seorang yang teguh pendiriannya, tidak mudah goyah sekiranya diusik dan yakin pada diri sendiri. Pokok kecil pula melambangkan seorang yang mudah berubah-ubah pandangan, mudah ditindas oleh orang lain dan tiada keyakinan diri. Emm...uniknya manusia. Pelbagai sifat, karenah yang ada pada manusia. Setiap manusia itu ada kelemahan dan kelebihannya tersendiri dan setiap manusia saling lengkap melengkapi.


Selepas selesai sesi ta'aruf kami diminta untuk membuat ringkasan berkenaan dengan kajian tindakan yang dibentangkan semasa seminar serantau pendidikan di Kelana Resort pada minggu lepas. Kami diminta untuk melakukannya di dalam kumpulam dimana satu kumpulan mengandungi 2 orang ahli. Saya dan Siti Nadia khalid telah memilih kertas kerja yang dibentangkan oleh Novitri dari Universitas Riau yang bertajuk:
Meningkatkan kemampuan menulis mahasiswa Program Studi Bahasa Inggeris FKIP UNRI melalui pembelajaran Kooperatif STAD
Kertas kerja ini telah dibentangkan pada hari ketiga bertempat di bilik Seri Menanti pada jam 2.00 pm sehingga 4.00 pm.
Nur Aznida Talib

Metodologi pengumpulan data

Matlamat kajian tindakan adalah untuk memahami sebahagian elemen di dalam kelas melalui proses pengumpulan data. kajian tindakan bukan mennulis apa yang kita rasa betul tetapi ianya memerlukan proses pengumpulan data dan membuat kesimpulan berdasarkan data tersebut.p. Hasil kajian tindakan tersebut adalah kesimpulan daripada fakta atau data yang dikumpul tersebut. Selain itu, kajian tindakan perlu dibuat secara sistematik. Ini bermakna sebelum kajian dimulakan, perancangan untuk pengumpulan data perlu dibuat terlebih dahulu. pengumpulan data di dalam projek kajian tindak dilakukan jangka masa yang berbeza dan melalui pelbagai cara. Buku ini menerangkan beberapa jenis pengumpulan data yang boleh dugunakan dalam kajian tindakan iaitu:

  1. log atau kajian jurnal- kaedah ini menggunakan komputer untuk mengumpul data atau merekod pemerhatian yang dilakukan terhadap keseluruhan kajian. Kedah ini digunakan untuk merekod setiap langkah bagi proses kajian. Data ini merupakan sumber yang penting untuk menggabungkan bersama kronologi bagi sesuatu projek kajian. Melalui kaedah ini kepelbagaian maklumat perlu dipilih dan dimasukkan dalam data ini, contohnya seperti pemerhatian, analisa, diagram, nisbah, pendapat pelajar atau perasaan yang dilahirkan oleh pelajar. Kelebihan data ini, ia cepat dan mudah disusun serta dibaca. Kaedah ini disarankan bagi data yang digunakan berterusan
  2. Nota Lapangan - nota lapangan ialah tulisan hasil pemerhatian yang dilihat di dalam bilik darjah. Permulaanya, kita tidak tahu apa yang hendak direkod. melalui kaedah ini guru perlu catat apa sahaja yang dilihat dan akhirnya mereka akan lihat apa yang penting dan menarik untuk diambil. Guru bebas untuk mencatat mengikut kesesuaian mereka. Menurut kaedah ini terdapat 3 cara untuk guru merekod iaitu pertama, ketika guru sedang mengajar. Namun begitu, cara ini mungkin menyusahkan kerana guru tidak dapat menjadi pemerhati dalam masa yang sama dirinya perlu berhubung sepenuhnya dengan perjalanan P&P. Oleh itu, cara kedua boleh dilakukan, iaitu guru perlu menyediakan fail bagi setiap pelajar. Kemudian, perkembangan pelajar yang berkaitan dengan kajian dicatat oleh guru secara ringkas dan dimasukkan ke dalam fail pelajar tersebut sepanjang tempoh pemerhatian. file ini merupakan teknik pengumpulan data yang terbaik untuk kajian tindakan dan dalam masa yang sama dapat menambah pengetahuan guru tentang proses p&p yang berlangsung. Cara ketiga ialah membuat cacatan dan refleksi. cara ini mungkin lebih baik dalam kaedah catatan lapangan, kerana guru merekod pemerhatian selepas sesi pembelajaran atau selepas sesi persekolahan. Guru lebih tenang dan tidak kelam-kabut serta dapat berfikir atau mengingat dengan lebih baik.
  3. Senarai semak - senarai semak boleh didatangkan dalam banyak bentuk. senarai semak ialah senarai perkara-perkara khusus seperti sikap, tingkah laku, tugasan, kemahiran. Apabila perkara-perkara tersebut dilihat, maka terdapat kaedah digunakan untuk menyemak senarai semak tersebut dan masa ia dilakukan. Senarai semak pelajar digunakan oleh pelajar untuk menilai aktiviti yang mereka sertai pada setiap hari manakala senarai semak guru digunakan oleh guru untuk menyemak kemahiran-kamahiran yang belum dan telah di ajar
  4. Konferens dan temuduga - konferens ialah seseorang atau lebih pelajar bercakap tentang tugasan mereka dan perkara yang berkaitan dengan fungsi bilik darjah. Konferens boleh dilakukan secara individu ataupun di dalam kumpulan kecil. Manakala temuduga pula ialah pelajar memberi respon terhadap soalan yang telah dirangka.
  5. Video dan pita pendengaran - video rakaman disediakan untuk merakam keseluruhan proses p&p dan teknik pedagogi guru. Manakala pita pendengaran membolehkan guru mendengar semula maklumat yang diperolehi.
  6. Senarai semak penilaian - kaedah ini digunakan guru untuk menilai tingkah laku secara khusus yang dilakukan oleh para pelajar sepanjang pemerhatian untuk mendapatkan maklumat. Di dalam senarai semak ini perlu diletakkan rubric bagi menentukan aras setiap tingkah laku. Menurut penulis senarai semak penialaian ini lebih pragmatik atau lebih berguna untuk pengumpulan data bagi kajian tindakan dan pentaksiran bilik darjah.Kaedah ini membolehkan pelajar dan guru menilai bahagian masing-masing.
  7. Hasil kerja pelajar - sampel hasil kerja pelajar juga boleh dijadikan sumber maklumat. Guru hanya perlu mengambil beberapa sampel kerja pelajar sahaja dalam masa yang berbeza untuk melihat perkembangan mereka.
  8. Tinjauan - melalui tinjauan,banyak maklumat diperolehi dengan kadar yang lebih cepat. borang tinjauan tersebut boleh dibuat dalam dua bentuk respon iaitu respon secara tertutup dan respon secara terbuka
  9. Skala Sikap dan Skala nisbah -skala sikap dan skala nisbah menyediakan responden dengan soalan atau kenyataan di mana mereka perlu memilih satu daripada pilihan jawapan yang disediakan. Sikap pelajar ditafsir melalui soalan yang diajukan kepada mereka samada mereka bersetuju atau tidak bersetuju. Skala nisbah pula digunakan untuk mengukur kekuatan respon terhadap soalan tersebut.
  10. Data Penyimpanan Rekod - data yang menyimpan rekod pencapaian pelajar, skor ujian,fail komulatif, pekerjaan ibu bapa, rekod kehadiran. Guru hendaklah memastikan bahawa mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh sekolah untuk pengumpulan data serta merekod dengan penuh etika.
  11. Laman Web, Jurnal atau email - kaedah ini adalah lebih canggih dan berkesan. Melalui laman web pelajar boleh membaca, merespon topik perbincangan yan terdapat di dalam laman tersebut. Manakala melalui email maklumat dapat disampaikan dengan mudah, cepat dan memberi ruang komunikasi antara pelajar dengan guru. Jurnal kelas ialah sebuah laman web yang berbentuk tidak teknikal dimana pelajar meletakkan idea, pandangan mereka di dalam jurnal tersebut.
Metodologi Penganalisian Data

Analisis bermaksud membuat pecahan dan pembahagian terhadap sesuatu perkara kepada beberapa komponen kecil supaya mudah untuk difahami

Buku ini membahagikan method menganalisis data kepada tiga jenis iaitu :

Ketepatan dan kebenaran

  1. Kesahan, kebolehpercayaan dan Rangkaian segitiga
  2. Analisis kearuhan
  3. Ketepatan dan kebenaran

Ketepatan dalam kajian tindakan bermaksud data yang dikumpulkan hendaklah menggambarkan gambaran yang sebenar perkara yang dikaji.Ianya membantu pengkaji untuk membuat keputusan dalam situasi tertentu.

Maksud kebenaran dalam kajian tindakan ialah dipercayai atau mampu untuk dipercayai. Ini membolehkan pengkaji menggunakan data dengan penuh keyakinan.

Terdapat 7 tips untuk mengetahui samaada data yang dikumpulkan dan dianalisa adalah tepat dan benar.

  • Merekod pemerhatian dengan berhati-hati dan tepat iaitu sentiasa membuat pemeriksaan dua kali untuk tentukan apa yang direkodkan adlah sama dengan apa yang dilihat.
  • Menerangkan semua fasa pengumpulan dan analisis data. Semasa merekod, ceritakan semua langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisa data

  • Pastikan apa yang direkod dan laporan yang dibuat semuanya yang penting.Rekod dan lapor secara keseluruhan dan jangan meninggalkan data yang penting dan dipercayai.
  • Jadikan matlamat dalam setiap penghuraian dan pentaksiran adalah berkait dengan apa yang diperhatikan.
  • Gunakan sumber data secukupnya.Pemerhatian dan penganalisisan akan lebih tepat dan benar jika kita mampu memperoleh persamaan bentuk untuk menggunakan dua atau lebih data.Untuk pemerhatian dalam masa yang singkat (2-4 minggu), penulis biasanya akan menggunakan sumber secara minimum.Manakala untuk pemerhatian dalam tempoh yang panjang, sumber yang digunakan berdasarkan penyoalan dan jenis data yang dikumpul.
  • Gunakan jenis data yang betul.Menggunakan jenis data yang benar-benar tepat bersesuaian dengan topic yang dikaji.Penulis member contoh, jika beliau berminat untuk memahami bagaimana pelajar sekolah kelas pertengahan menggunakan kejenakaan (humor), beliau akan melakukan temubual dengan pelajar-pelajarnya. Walaupun cara ini akan melengkapi maklumat, data yang diperolehi akan mengurangkan ‘reflection’ sebenar yang penulis cuba perhatikan.
  • Pemerhatian dalam tempoh yang panjang. Pemerhatian yang dilakukan dalam tempoh yang panjang akan memperoleh data yang lebih tepat dan benar dan lebih banyak cara yang boleh digunakan berbanding dengan tempoh yang singkat.

Kesahihan, keboleh percayaan dan rangkaian segitiga

Kesahihan

  • Kesahihan bermaksud Kadar ukuran dalam laporan sukatan.
  • Sebagai contoh : jika mahu menilai kemampuan penulisan pelajar sekolah rendah penulis akan memberi ujian perbendaharaan kata dimana terdapat 4 pilihan jawapan dan memilih satu jawapan daripadanya.


Kebolehpercayaan

  • Kadar ujikaji yang dilakukan boleh dilakukan semula dengan menggunakan keputusan yang sama yang diperolehi.
  • kajian yang dilakukan pada masa yang berbeza sebenarnya untuk melihat benda yang berbeza.
  • Dapatan kajian yang diperolehi, bukanlah dapat membuat kesimpulan keseluruhan secara umum dan gambaran kasar, sebaliknya sebanarnya mereka lakukan untuk memahami secara khusus kesamaan maklumat situasi lain.


Rangkaian Segitiga

  • Melihat sesuatu lebih daripada satu perspektif.. Bentuk ini memberi gambaran kepada kita untuk melihat dari semua aspek situasi/keadaan.
  • Dalam kajian tindakan, rangkaian segitiga itu dapat dicapai dengan mengumpul pelbagai jenis data, menggunakan pelbagai maklumat data, mengumpul data pada masa yang berbeza dan meminta pendapat orang lain untuk melihat kembali data yang telah diperolehi untuk memastikan ketepatan dan menyesuaikan ketepatan anda.


Kearuhan analisis

Melihat kumpulan data dan cuba untuk membina susunan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan. Sebagai permulaan, ianya dilakukan dengan pengumpulan data, perhatikan item, tema atau cara yang timbul secara berulang kali. Perkara yang sama perlu diberi penekanan dan dipindahkan dengan mengikut kategori nama. Dalam proses pengasingan kategori ini, perlulah sesuai dan boleh diubah sebagai data yang boleh ditukar mengikut keadaan

Proses ini dapat membantu apabila untuk memulakan pengumpulan data kerana kategori yang dilakukan dapat membantu untuk membuat tindakan selanjutnya berdasarkan data yang dikumpulkan