Nur Aznida Talib

Definisi kajian tindakan

Terdapat beberapa definisi kajian tindakan antaranya ialah:

1. Menurut Hensen,1996; Mc Taggart,1997; Schmuck,1997 kajian tindakan bermaksud satu proses mengkaji sekolah sebenar atau situasi kelas untuk memahami dan memperbaiki kualiti suatu tindakan atau arahan.

2. Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

3. Satu usaha dibilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Usahasama (Pengetua sekolah, guru atau pelajar) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.

4. McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.


5. Sesuatu proses untuk mengumpul dan analisis data untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu isu atau topik.

Proses Kajian Tindakan:

1. kenal pasti masalah

2. kajian keperpustakaan

3. menentukan pendekatan kajian

4. mengumpul dan menganalisis data

5. membincangkan dapatan dan implikasi kajian

6. melaporkan kajian

Kepentingan kajian Tindakan :

  1. Menambah pengetahuan
  2. Menambahbaikan amalan (praktis)
  3. Membina kefahaman melalui penyelidikan
  4. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pemelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;
  5. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan;
  6. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pemelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaik amalan sendiri;
  7. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baharu, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;

Jenis kajian

1.Kajian secara individu

  • Fokus kepada isu dalam bilik darjah
  • Contoh: mendapatkan penyelesaian berkenaan dengan masalah pengurusan bilik darjah

2.Kajian secara kolaboratif

  • Lebih daripada dua orang
  • guru dalam bidang yang sama
  • guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti

3.Kajian peringkat sekolah

  • Fokus kepada satu isu yang sama diperingkat sekolah
  • Contoh : keaktifan ibu bapa dalam PIBG

Tujuan kajian Tindakan:

Tujuan Kajian Tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Di antara tujuan Kajian Tindakan ialah:

i. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.

ii. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.

Nur Aznida Talib

Judul : AShort Guide to Action Research
Nama Pengarang : Andrew P. Johnson
Tahun : 2005
Tempat Terbit : United States of America
Penerbit : Pearson